Thursday 15 September 2011

Diam itu indah




Masjid Putra Nilai, almost 2 bulan tak datang solat kat masjid nie. Hari nie second day datang solat kat masjid, malam first datang, hajatnya nak dengar kuliah Syamail Muhammad, tapi takde rezeki, tengok kat board depan, dia tulis KULIAH AKAN BERMULA PADA 12 HARIBULAN.  So malam nie, datang masjid bawak note sikit, walaupun aku dah tahu probability untuk aku tertidur dalam kuliah sangat tinggi, tapi bawak jugak la note nie, at least ada jugak anggota badan nak digerakkan. Tajuk kuliah malam nie “ kelebihan diam

Tajuk nie yang aku nak sentuh sikit untuk malam nie, walaupun aku nie bukan jenis yang suke duk diam, tapi semoga dengan menulis entry nie, aku akan cuba untuk mengurangkan jumlah perkataan yang keluar dari mulut nie.

First line yang keluar dari mulut ustaz, orang yang diam dalam kejahatan akan dapat untung dan orang yang diam dalam kebaikan adalah orang yang rugi. So let’s change, better bercakap dan diam hanya untuk mendapat keuntungan, profit dari Allah.

Rasulullullah S.A.W bersabda yang mana mafhumnya
“bermula ‘afiat (kesejahteraan or kebaikan) sepuluh juzu’ ( bahagian or cabang), Sembilan juzu’ daripadanya adalah diam dan yang ke sepuluh ialah uzlah daripada manusia”

Disini kita boleh nilai betapa tingginya nilai DIAM. Tapi apa yang aku tengok fenomena yang berlaku sekarang ini amatlah contrast dengan mafhum hadis tersebut. Semua orang duk sibuk bagi pendapat walaupun diorang tak tahu apa yang diorang duk cakap. 



Klu pasal isu yang takde kaitan ngan agama aku boleh considerate lagi la, tapi apabila orang yang tak tahu pasal agama, berbincang dan berbalah pasal hal2 agama, it make them look stupid

“diam orang alim itu kecelakaan dan perkataan orang alim itu perhiasan, dan perkataan orang jahil itu kecelakaan dan diam orang jahil itu kebaikan”~hadis

Tengok dalam paper, sini nak saman, sana nak saman. They keep barking about something that they do not master. Kadang2 aku sendiri tak faham apa yang sesetengah pihak nak? Sekali tengok diorang punye statement buat aku pening je. Kadang2 tu, diorang tak faham pun apa masalah yang berlaku. Mereka just show their finger kepada sebelah pihak je, 

“bagi tiap-tiap perkata itu najis dan najis bagi lidah itu ialah perkataan yang keji dan jikalau benar sekalipun”

So, advice aku kepada diri aku sendiri, never comment on something yang kita tak tahu hujung pangkal.

“sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyaklah salah, dan siapa yang banyak kesalahan, maka banyaklah dosanya, dan siapa yang banyak dosa maka neraka lebih aula baginya” hadis

Nauzubillahhiminzalik… mintak jauh la kawan2

So, untuk student macam aku plak, kadang-kadang ble dah lama tak jumpa kawan2, banyak plak benda nak cakap. Aku bukan nak nasihat sapa-sapa, aku just nak ingatkan diri aku, dan aku tak blame sapa yang nak bercerita aktiviti masa cuti, but apa yang aku concern, kemana arah perbualan tu pergi, apa yang diisi ditengah? Aku selalu je buat benda ni, so nak nasihatkan diri sendiri la nie supaya kurangkan guna saliva untuk bercakap kosong.

“ kata luqman kepada anaknya, jikalau berkata-kata itu daripada perak, adalah diam itu daripada emas dan ini persamaannya dengan apa yang ibnu Al-Mubarak bagitau, jikalau adalah berkata-kata pada taat Allah itu daripada perak, adalah diam daripada maksiat kepada Allah itu daripada emas”

Dan last sekali, ada satu quotes yang bagitau to determine orang punye akal panjang or pendek

“apabila sempurna akal sesorang, sedikit perkataannya dan yakinlah olehmu dengan bodoh seseorang jika ia banyak perkataannya”

Diam-diam ubi berisi… so, let’s isi diri kita dengan zikir, semoga jiwa kita terisi dengan mahabbah kepada Allah, rasa rindu kepada Rasulullah S.A.W.

“Asal iman itu adalah diam  kecuali dengan zikir kepada Allah”

Diam dengan maksud bahawasanya tempat iman itu adalah dihati, dengan keyakinan dalam hati, bukan sesuatu yang kita boleh sebut dimulut, bukan seuatu yang kita boleh tipu dengan mulut 

Dan untuk last sekali, pasal isu Mat Indera 2, boleh la klik dekat sini

No comments:

Post a Comment