Sunday 28 August 2011

Fasa Pemikiran Si Budak Salafi

Fasa 1 (usia bangku sekolah):

Aku nk masuk syurga, kena byk amal, apa-apa yang nampak baik aku amal, tak nak buat dosa. 

Fasa 2 (usia awal remaja, belasan tahun):

Aku ingat dulu semua benda yang nampak baik itu ok lah, rupanya ada konsep bid'ah, baru aku tahu. Ish, banyaknya bid'ah kampung ni, ini bid'ah, itu bid'ah, astaghfirulLah dulu aku buat bid'ah ni, alhamdulilLah aku dh sunnah skrg, dan aku berpegang dgn dalil hadith sahih, solid sahih. Dan skrg akan aku banteras semua bid'ah ini dgn tegas, hari ni buat esok akan ku lihat hasilnya! Moga Allah SWT bersamaku. 

Fasa 3 (usia pertengahan remaja, menjangkau belia):

Hmm, ulama ni tak boleh pakai ni, ulama anjing! kaki bid'ah ulama ni, muktazilah-khawarij bertopengkan salafi! aku mesti sebarkan kebatilan ulama ni, dia bukan ulama lah sebenarnya!! Ish, brader ni apa ni kata sunnah, tp solat aku tgk tak sama dgn hadith pun, entah dia ni sunnah ciplak ni, ciplak ciplak..entah entah ikhwani ape dia ni, tak pun tabligh, mmg la byk hadith dhaif memanjang, hmmm..apa nk jadi dia ni, sah dh masuk 72 golongan ni, sah dah sah dah.. 

Fasa 4 (usia lewat belia,  awal dewasa):

AstaghfirulLah, benda yang aku sangka bid'ah dulu ni sebenarnya khilaf ulama, bahkan ia khilaf sejak zaman salaf. AstaghrifulLah, hadith ni dulu ni aku ingatkan solid sahih dah, rupanya ada kelemahan dan lebih kuat ia dhaif, ada ulama dhaifkan , huffaz salaf pula tu dhaifkan, rupa-rupanya zahir sanad saja sahih, tp ada kecacatan tersembunyi ada ilal tersembunyi. AstaghfirulLah, aku ingat hadith ni solid dhaif dulu, rupanya penilaian sahih lebih kuat. Ish, AstaghfirulLah, banyaknya benda yg aku silap dulu, ingat aku aja betul, rupanya benda khilaf. Ish, astaghfirulLah rupanya amalan yg aku amal masa kecik-kecik dulu yg aku ingat salah tu rupanya betul , baru skrg aku tahu sebab apa imam al-Syafie kata mcm ni, rupanya dulu ada benda yg aku tak tahu aku ingatkan bid'ah..ish, astaghfirulLah, ulama ni dulu aku ingatkan kaki bid'ah , rupanya aku salah faham perkataan dia, aku hanya dengar dari sumber ketiga dan keempat, tetapi aku tak mengkaji bukunya sendiri, bila dh baca sendiri ternyata ia hanya fitnah, ..AstaghfirulLah, ya Allah ampunilah kesalahan-kesalahanku yang lalu, dan tambahkan lah ilmu aku dan mudahkanlah utk aku beramal dgn ilmu ini seikhlas hati mengharap redha Mu. 

Fasa 5 (usia dewasa, dan lewat dewasa):

Erm, perkara ni khilaf sebenarnya, hujah A mcm ni sbb bg mereka mcm ni, hujah B mcm ni sbb bg mereka mcm ni, adapun aku scr peribadi cenderung kpd pendapat A sbb dan alasannya 1)..2) ...3) , hujah B bgku lemah sbb bbrapa sebab antaranya 1)..2)..3) , apapun aku hormat mereka yg berbeza pendapat, dan hal ini khilaf. Erm, hal ni sebenarnya khilaf sejak zaman salaf ni, sesama sahabat sendiri khilaf, maka aku cenderung biarkan ia terbuka dan aku tidak mentarjih. Erm, sebenarnya hal ni luas ni, salaf amal semuanya dan mereka tak ketat dalam masalah ni, maka tak perlu untuk kita sempitkan apa yang telah sedia luas disisi salaf.

sekian,
Abu Ismaaeel Muhammad Fathi al-Maliziy al-Sakandary 
4 Ramadhan 1432H / 4 Ogos 2011
artikel diambil dari sini



No comments:

Post a Comment