Wednesday 21 December 2011

PASCA PERUBAHAN



“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku dengan melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan  sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.”
 (Hadis riwayat muslim)

Alhamdulillah, genap umurku 20 tahun, semakin bertambah umur, semakin bertambah tanggungjawab, semakin bertambah soalan-soalan diakhirat kelak.

قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ 
Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".


Kadang-kadang aku terfikir, sepanjang kehidupan aku, kenapa masih terasa  kosong?, kenapa masih rasa tawarnya hidup ini?......

Alhamdulillah, ada satu malam, aku ada tanya seorang sahabat, pernahkah dia rasa kosong, dan jawapan yang dia bagi menyebabkan aku kembali menilai diri ini, sejauh mana hubungan aku dengan Allah. “Alhamdulillah aku masih rasa manisnya Islam dan iman” dijawabnya

Sungguh wahai sahabat, kadang-kadang kita terlalu cepat berpaling dari Allah, terlalu cepat berputus asa dari Allah, terlalu cepat menjauhi Allah. Contohnya, bagi mereka yang bercouple, bagi aku, mereka yang bercouple adalah mereka yang ingin mencari teman untuk berbicara, teman untuk berkongsi cerita, teman untuk menghilangkan kebosanan,teman untuk menghilangkan kesunyian. Mereka rasa ‘dekat’ dengan pasangan mereka, mereka rasa ‘tenang’ dengan pasangan mereka, tapi pernahkah kita menilai kembali, adakah ‘tenang’ itu mendatangkan kebahagiaan? Adakah ‘dekat’ itu mendatangkan kemanisan dalam hati?

“ Dan sesungguhnya Kamilah yang menciptakan manusia dan Kami ketahui apa yang dibisikkan dalam hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya sendiri”
(Qaf 50:16)

Dan jika kamu mencari ketenangan

“ iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah!! Dengan dzikrullah itu tenang tenteramlah hidup manusia”
Ar-Ra’d-28

Dengarlah wahai diri, tatkala hadirnya kekosongan, isilah hatimu dengan dzikrullah, kerana dengan memngingati Allah itu hati kan terisi, kekosongan akan dihalau jauh. Sungguh Allah itu dekat dengan hambanya

“dan apabila hamba-Ku bertanya kepada engkau  ( wahai Muhammad) tentang-Ku, maka sesungguhnya  Aku sangat hampir, Aku memperkenankan doa orang yang meminta apabila dia meminta kepada-Ku maka hendaklah dia mengikuti perintah-Ku serta beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk”
(Al-Baqarah 2:186)

Sesiapa yang inginkan ketenangan, cukuplah Allah baginya

Sungguh sahabat, fitrah kita adalah untuk beribadat kepada Allah dan menjauhi larangannya bukan mendekati larangannya dan menjauhi-Nya.

Sungguh sahabat, Islam dan iman itu sangat tinggi nilainya, sungguh, hanya orang-orang yang istimewa sahaja yang dapat merasai nikmat itu. Janganlah kita mensia-siakan anugerah yang sangat besar ini. Jangalah pernah kita berhenti berjuang untuk menyebarkan rasa bahagia ini

Oh pejuang, dimanapun ada ketenangan
Oh pejuang, dimanapun ada kebahgiaan

Sungguh kebahgiaan dan ketenangan itu adalah dengan menghambakan diri kepada Allah, kerana jika kita mencintaiNya, Dia pasti mencintai kita. cintaNya tidak pernah pudar dan takkan pernah padam selagi mana kita mencintaiNYA.

Tuesday 20 December 2011

21 disember


Dimanakah kedudukan untuk Allah didalam hati seorang remaja?

Sejauh manakah Allah mengambil ruang dalam diri seorang remaja?

Sebanyak mana rasa bertuhan mengusai jiwa seorang  remaja?

Tanggal 21 disember menyaksikan perubahan diri seorang remaja kepada belia. Mungkin perubahan daripada segi fizikal, bagaimana dari segi spiritual?

Zaman remaja mungkin zaman yang paling gawat, kenapa? Kerana pelbagai benda baru hendak dicuba. Bak kata orang kita “ hidup ini cuma sekali, jadi jom enjoy”. Cuba kita fikir kembali, betulkah penyataan ini?
Mungkin jika dijawab dengan hati yang penuh dengan kekotoran, jawapannya YA, tapi jika difikirkan kembali, apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan? Mungkin apabila kita memahami tujuan kita dihidupkan, mungkin jawapannya tidak.

Kenapa kamu menangis?

Ketika Khalifah Harun ar-Rasyid berjalan bersama pembesarnya di kota Basrah, di satu lorong mereka menemui seorang kanak-kanak yang sedang menangis di satu penjuru, sedangkan kanak-kanak lain sedang leka bermain. Pergilah khalifah bertanya kepada anak kecil itu.
“wahai anak, kenapa kamu tidak bermain bersama dengan anak-anak yang lain?”
Dalam esakan anak kecil itu menjawab,” wahai tuan  adakah kita dilahirkan kedunia ini untuk bermain-main?”
Terkejut khalifah mendengar jawapan itu. Baginda  melanjutkan soalan, “ kenapa pula kamu menangis wahai anak kecil?”
Saat itu dia mendongak sedang air mata masih mengalir.. dalam sedu sedan dia berkata, “ wahai tuan, saya sering melihat ibu saya menyediakan makanan buat kami didapur. Saya melihat ibu memasukkan kayu api yang besar dan kecil kedalam api yang menyala-nyala. Ketika itu saya sedar bahawa yang akan masuk neraka nanti adalah orang kecil seperti saya dan orang besar seperti tuan!”
Tersentak Khalifah Harun ar-Rasyid. Ungkapan itu menyentaknya sehingga ia turut menangis dengan tangisan yang berat.

Sungguh tugas kita didunia ini bukanlah untuk bermain kecuali ada tujuan yang lebih besar dalam hidup ini. Usia remaja bukanlah untuk digunakan sebagai masa untuk mencari cinta monyet, bukanlah untuk mencari kegilaan dunia. Tetapi usia remaja ini adalah untuk mencari jalan hidup yang sebenar, kerana sungguh semasa remaja inilah akan berlaku krisis identiti. Amatlah penting untuk kita semasa remaja mencari identiti, mencari tujuan hidup, mencari cara hidup dan yang akan memberikan kita jalan kepada semua itu adalah dengan mencari Allah.

Sungguh, jangan disiakan usia ramaja, kelak kita menyesal.