Thursday 15 March 2012

jalan kehidupan






Sungguh hidup manusia ini boleh diibaratkan seperti layang-layang, berusaha terbang ke langit dengan melawan arus , meninggalkan daun-daun terbang, dibuai angin kehidupan. Begitulah orang-orang beriman, berusaha untuk menghadapi setiap ujian kehidupan, kerana mereka-mereka ini percaya bahaya disebalik kepahitan itu ada kemanisan hidup. Setiap dugaan yang ditempuh keranaNya, pasti darjat disisiNya akan diangkat ketahap yang lebih tinggi. Berbeza dengan manusia-manusia yang berasa senang pabila dibuai arus dunia, langkah mereka berpandukan nafsu semata-mata. Hati mereka terikat dengan dunia, jiwa mereka dipenuhi dengan angan-angan,  nafsu mereka tak pernah rasa puas.

“Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan, manakala syurgan itu dipagari oleh ujian dan kesukaran” al-Hadis

Kita perlu lakukan apa yang patut kita lakukan bukan apa yang kita suka lakukan, kerana setiap yang kita suka lakukan, bukan semestinya sesuatu yang berfaedah, tetapi sesuatu yang kita mesti lakukan semestinya sesuatu yang sangat berfaedah. Betul, nafsu dan godaan syaitan itu sangat susah untuk ditentang, maka jadilah kita seorang yang ego dan takabbur dalam melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, jangan jadi seorang yang ‘zuhud’, ‘rendah diri’ dan ‘yes man’ dalam kita melawan hawa nafsu. Sungguh dengan hadirnya rasa ego dalam melawan hawa nafsu, insya’Allah kita akan menang.

apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka keseronokkan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan kekal”.-Saidina Ali bin Abi Talib

Berjalanlah kamu kepelusuk bumi ini, pandanglah ciptaan Allah disekelilingmu, nescaya tidak akan ditemui kecacatan. Pintalah petunjuk dariNya, kerana tanpa petunjuk dariNya, pasti langkah kita kan tersunggkur, lalu wajah kan dipenuhi lumpur dosa, tangan kan mencengkam najis dunia, badan kan dibasahi keringat maksiat. Sungguh bukan mata yang buta, tetapi hati yang buta. Buta mata kan sesat didunia, tetapi buta hati kan sesat diakhirat. Langkah menuju syurga kian terasa berat, tetapi larian ke neraka makin rancak. Buta mata kerana tiada cahaya, tetapi buta hati kerana bertuhankan nafsu.



Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis……

Wednesday 21 December 2011

PASCA PERUBAHAN



“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku dengan melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan  sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.”
 (Hadis riwayat muslim)

Alhamdulillah, genap umurku 20 tahun, semakin bertambah umur, semakin bertambah tanggungjawab, semakin bertambah soalan-soalan diakhirat kelak.

قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ 
Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".


Kadang-kadang aku terfikir, sepanjang kehidupan aku, kenapa masih terasa  kosong?, kenapa masih rasa tawarnya hidup ini?......

Alhamdulillah, ada satu malam, aku ada tanya seorang sahabat, pernahkah dia rasa kosong, dan jawapan yang dia bagi menyebabkan aku kembali menilai diri ini, sejauh mana hubungan aku dengan Allah. “Alhamdulillah aku masih rasa manisnya Islam dan iman” dijawabnya

Sungguh wahai sahabat, kadang-kadang kita terlalu cepat berpaling dari Allah, terlalu cepat berputus asa dari Allah, terlalu cepat menjauhi Allah. Contohnya, bagi mereka yang bercouple, bagi aku, mereka yang bercouple adalah mereka yang ingin mencari teman untuk berbicara, teman untuk berkongsi cerita, teman untuk menghilangkan kebosanan,teman untuk menghilangkan kesunyian. Mereka rasa ‘dekat’ dengan pasangan mereka, mereka rasa ‘tenang’ dengan pasangan mereka, tapi pernahkah kita menilai kembali, adakah ‘tenang’ itu mendatangkan kebahagiaan? Adakah ‘dekat’ itu mendatangkan kemanisan dalam hati?

“ Dan sesungguhnya Kamilah yang menciptakan manusia dan Kami ketahui apa yang dibisikkan dalam hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya sendiri”
(Qaf 50:16)

Dan jika kamu mencari ketenangan

“ iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah!! Dengan dzikrullah itu tenang tenteramlah hidup manusia”
Ar-Ra’d-28

Dengarlah wahai diri, tatkala hadirnya kekosongan, isilah hatimu dengan dzikrullah, kerana dengan memngingati Allah itu hati kan terisi, kekosongan akan dihalau jauh. Sungguh Allah itu dekat dengan hambanya

“dan apabila hamba-Ku bertanya kepada engkau  ( wahai Muhammad) tentang-Ku, maka sesungguhnya  Aku sangat hampir, Aku memperkenankan doa orang yang meminta apabila dia meminta kepada-Ku maka hendaklah dia mengikuti perintah-Ku serta beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk”
(Al-Baqarah 2:186)

Sesiapa yang inginkan ketenangan, cukuplah Allah baginya

Sungguh sahabat, fitrah kita adalah untuk beribadat kepada Allah dan menjauhi larangannya bukan mendekati larangannya dan menjauhi-Nya.

Sungguh sahabat, Islam dan iman itu sangat tinggi nilainya, sungguh, hanya orang-orang yang istimewa sahaja yang dapat merasai nikmat itu. Janganlah kita mensia-siakan anugerah yang sangat besar ini. Jangalah pernah kita berhenti berjuang untuk menyebarkan rasa bahagia ini

Oh pejuang, dimanapun ada ketenangan
Oh pejuang, dimanapun ada kebahgiaan

Sungguh kebahgiaan dan ketenangan itu adalah dengan menghambakan diri kepada Allah, kerana jika kita mencintaiNya, Dia pasti mencintai kita. cintaNya tidak pernah pudar dan takkan pernah padam selagi mana kita mencintaiNYA.

Tuesday 20 December 2011

21 disember


Dimanakah kedudukan untuk Allah didalam hati seorang remaja?

Sejauh manakah Allah mengambil ruang dalam diri seorang remaja?

Sebanyak mana rasa bertuhan mengusai jiwa seorang  remaja?

Tanggal 21 disember menyaksikan perubahan diri seorang remaja kepada belia. Mungkin perubahan daripada segi fizikal, bagaimana dari segi spiritual?

Zaman remaja mungkin zaman yang paling gawat, kenapa? Kerana pelbagai benda baru hendak dicuba. Bak kata orang kita “ hidup ini cuma sekali, jadi jom enjoy”. Cuba kita fikir kembali, betulkah penyataan ini?
Mungkin jika dijawab dengan hati yang penuh dengan kekotoran, jawapannya YA, tapi jika difikirkan kembali, apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan? Mungkin apabila kita memahami tujuan kita dihidupkan, mungkin jawapannya tidak.

Kenapa kamu menangis?

Ketika Khalifah Harun ar-Rasyid berjalan bersama pembesarnya di kota Basrah, di satu lorong mereka menemui seorang kanak-kanak yang sedang menangis di satu penjuru, sedangkan kanak-kanak lain sedang leka bermain. Pergilah khalifah bertanya kepada anak kecil itu.
“wahai anak, kenapa kamu tidak bermain bersama dengan anak-anak yang lain?”
Dalam esakan anak kecil itu menjawab,” wahai tuan  adakah kita dilahirkan kedunia ini untuk bermain-main?”
Terkejut khalifah mendengar jawapan itu. Baginda  melanjutkan soalan, “ kenapa pula kamu menangis wahai anak kecil?”
Saat itu dia mendongak sedang air mata masih mengalir.. dalam sedu sedan dia berkata, “ wahai tuan, saya sering melihat ibu saya menyediakan makanan buat kami didapur. Saya melihat ibu memasukkan kayu api yang besar dan kecil kedalam api yang menyala-nyala. Ketika itu saya sedar bahawa yang akan masuk neraka nanti adalah orang kecil seperti saya dan orang besar seperti tuan!”
Tersentak Khalifah Harun ar-Rasyid. Ungkapan itu menyentaknya sehingga ia turut menangis dengan tangisan yang berat.

Sungguh tugas kita didunia ini bukanlah untuk bermain kecuali ada tujuan yang lebih besar dalam hidup ini. Usia remaja bukanlah untuk digunakan sebagai masa untuk mencari cinta monyet, bukanlah untuk mencari kegilaan dunia. Tetapi usia remaja ini adalah untuk mencari jalan hidup yang sebenar, kerana sungguh semasa remaja inilah akan berlaku krisis identiti. Amatlah penting untuk kita semasa remaja mencari identiti, mencari tujuan hidup, mencari cara hidup dan yang akan memberikan kita jalan kepada semua itu adalah dengan mencari Allah.

Sungguh, jangan disiakan usia ramaja, kelak kita menyesal.

Tuesday 29 November 2011

Nothing to say





Bila dah masuk mid term nie.. kepala aku dah berserabut. Assignment, test, quiz dan bla bla bla
Banyak kot benda yang nak kene fikir, kadang-kadang syaitan duk cucuk kat otak aku. Boring gila hidup nie, kadang-kadang boring sampai aku rasa macam hidup aku tidak ada fungsi. Sebab terlalu fikir benda- benda macam nie la hidup aku tak tentu arah. Ibadah entah kemana. Solat Jemaah yang semakin ditinggalkan, masa untuk baca quran yang semakin di’limit’kan, ma’thurat entah kemana, solat dhuha dah lesap, solat tahajjud tak pernah nampak bayang.

Tapi apabila aku belek ma’thurat pagi tadi, semangat tu refresh balik bila baca ayat 286 surah al-Baqarah

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatannya) yang dikerjakannya”.



Dan ayat selepas itu membuatkan hati aku bergetar. Tatkala membaca doa 

“(Mereka berdoa): “ ya Tuhan kami, janganlah Engkau hokum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, jangalnah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-prang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkan kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Sungguh Allah tidak akan membebani sesorang hambanya dengan apa yang tidak sanggup mereka pikul. Sungguh janji Allah itu amat pasti. Kadang-kadang aku terfikir, is it correct, jika terkeluar dari mulut seorang muslim yang kuat amal ibadahnya perkataan yang seperti nie?

Apa la malang nasib aku?
Kenapa la jadi macam nie?
Tak boleh ke benda nie tak kene kat aku?
Asyik-asyik aku je yang kena?
Kenapa benda nie menimpa aku?
Takde orang len ke Tuhan nak hukum, asyik-asyik aku je?
Kenapa la penyakit nie datang time2 macam nie?

Kalau terkeluar tu aku boleh terima lagi la. Ye la kan, kita manusia, nobody perfect, tapi bila setiap hari keluar benda sama, akal aku tak boleh nak terima. Adakah ‘beliau’ tak pernah dengar ayat diatas. Adakah ‘beliau’ tak yakin janji Allah?

“Demikian janji Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenar)” ~
ar-Ruum:6

kadang-kadang bila aku tengok sekeliling aku, aku rasa macam aku nie seorang yang rugi. Kenapa aku cakap aku nie seorang yang rugi? Sebab aku tak manfaatkan kedaan sekeliling aku dengan sepenuhnya. Tak pernah nak contohi kawan-kawan aku yang kaki masjid, yang kaki puasa, yang kaki tahajjud. Aku just boleh tengok dan menangisi dalam hati je, nak bangun tahajjud, tapi aku kalah pusingan awal dengan syaitan. Nak pergi masjid, tapi aku terjerumus dalam perangkap syaitan. Nak puasa,tapi susah kot nak tahan nafsu makan.

Maybe, bila difkir-fikir balik, apa yang kurang dalam diri aku adalah ruh untuk beramal. Bila seorang manusia hilang ruh untuk taqarrubkan diri kepada Allah,  dia boleh diibaratkan jasad tanpa ruh. Yang hidup tanpa tentu arah, tiada tujuan hidup.

So, kepada diri aku dan juga sahabat yang membaca coretan diri aku yang hina ini (walaupun tahu  xde orang baca pun), ini adalah tugas kita kat dunia ini untuk beribadah kepadaNya, untuk taqarrub hati ini kepadaNya.. kenapa? Kerana segala-galanya adalah hak milikNya, hidup ini adalah pinjaman semata-mata..

To my dear friends… please bring me back….

Thursday 27 October 2011

Cinta Itu Indah




Cinta, satu perkataan yang mempunyai banyak cabang. Cinta boleh membawa kita kesyurga dan kerana ia juga boleh membawa kita kepada kemusnahan.

Mungkin, perkataan cinta itu sendiri bukanlah satu perkataan yang janggal bagi kita semua, bahkan cinta itu amat sinonim dengan kita semua,kita yang dinamakan insan. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ayah dan ibu dan seterusnya. Sungguh cinta itu satu fitrah dalam diri manusia. Dan kepada kitalah bagaimana untuk membentuknya.

Mungkin, apabila perkataan cinta itu bermain dibibir-bibir para remaja kita maksudnya akan menjadi cinta antara lelaki dan perempuan. Memanglah cinta antara lelaki dan perempuan itu satu fitrah yang Allah kurniakan kepada setiap insan. Tetapi adakah kita bercinta mengikut ketetapan syariat?

Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasa hawa nafsu semata sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan –Al-Farabi

Mungkin, sesiapa yang tidak ‘bercinta’ atau ‘bercouple’ akan kelihatan seperti ‘alien’, kenapa? Kerana masyarakat kita telah didoktrinkan bahawa sesiapa yang tidak ‘bercinta’ diusia remaja ialah mereka-mereka yang tidak laku, jumud dan macam-macam lagi. Tetapi ingatlah wahai pemuda, sesuatu yang perkara yang biasa bukanlah sentiasa betul.

Kadang-kadang hati ini terluka, melihat gelagat pemuda-pemudi harapan bangsa yang dilamun cinta, sehinggakan ada yang sanggup bunuh diri apabila cinta bertepuk sebelah tangan. Dimanakah iman kita wahai remaja?. Ber’gayut’ ditelefon berjam-jam lamanya, ber sms sehinggakan bengkak ibu jari( thumb). Tidakkah mereka terfikir, alangkah baiknya jika kredit yang dihabiskan itu digunakan untuk menelefon ayah dan ibu di kampung?

Ingatlah wahai teman-teman, sungguh dosa silam sentiasa akan menghantui kita. Sungguh mereka yang mencari cinta sebelum berkahwin akan kehilangan cinta selepas berkahwin. Mungkin ada sahabat yang mengatakan, “aku saje je, buat hilang boring, nanti nak kahwin aku cari yang lain, yang lebih solehah, yang ni setakat buat mesej je”. Adakah kita akan dapat seorang isteri yang solehah sedangkan kita dengan mudah memainkan perasaan seorang wanita? Adakah dengan keadaan diri kita yang macam ini memungkin kita untuk mendapat isteri yang solehah?

Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik  -(an-Nur 24:26) 

Diri ini tak nafikan bahawa cinta itu datang dengan sendiri, bukan dicari. Tetapi ingatlah wahai teman-temanku sekalian. Sungguh jika kamu mencintainya, pastinya kamu menginginkan dia bahagia, bukan hanya bahagia di dunia, bahkan bahagia di akhirat yang dicari. Adakah dengan melanggar aturan syariat memungkinkan kita berjaya diakhirat?. Cintai dia seadanya, jikalau telah tertulis dia untuk kita, nescaya dia akan menjadi milik kita jua.

Kadang-kadang, pernah kita dengar “aku bercinta sekarang adalah untuk kenal hati budi dia, nanti dah kahwin, barulah kami serasi”. Pernahkan mereka-mereka ini mendengar firman Allah taala

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengatahui dan Maha Teliti.

Sungguh, Allah mencipta kita berbeza-beza, tambah-tambah lagi antara seorang wanita yang bernama isteri dengan seorang lelaki yang bernama suami. Mungkin dalam diri pasangan yang diciptakan untuk ada sedikit persamaan, tetapi jika kita terlalu  mementingkan keserasian sifat, mungkin setiap perkara yang salah dari tabi’e kita, kita akan merasa marah terhadap pasangan kita. Tetapi ingatlah, jadikanlah perbezaan antara pasangan itu suatu penambah asam garam kehidupan kita, sebagai pelengkap antara kita.



Cintailah seseorang itu sekadarnya
Kerana mungkin dia akan menjadi orang yang kita benci
Bencilah seseorang itu sekadarnya
Kerana mungkin dia akan jadi orang kita cintai
Jika kita mencintai pasangan kita, tentulah kita menginginkan kebahagian untuknya, samaada didunia akhirat…
bahagiakanlah dia.... simpankan kata-kata manis mu duhai sahabat.. ungkaplah kata-kata itu di dua pertiga malam, ucapkanlah kepada pemilik hati. sesungguhnya, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.