Tuesday 31 May 2011

Da'ie





"sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan"-Hassan Al-Basri-



DIMANAKAH KAMU WAHAI PEMUDA


Entah mengapa male nie tangan ini hendak menulis something
menulis tentang sebuah kitaran hidup yang pasti kita lalui
"tidak dikatakan pemuda, sesiapa yang berkata 'ini ayahku', 
tetapi pemuda ialah yang menyatakan 'ini adalah aku'

Wahai pemuda

Bangunlah kamu
Bangunlah kamu dari mimpi yang panjang
Dari lena yang lama
Dari ulitan yang mengasyikkan
Dari bisikan yang melalaikan
Dari hembusan yang menidurkan

Sesungguhnya kamu diperlukan

Diperlukan oleh Agama
Diperlukan oleh Ummah
Diperlukan oleh Negara
Diperlukan oleh Bangsa
Diperlukan oleh Keluarga
Dan yang paling penting
Diperlukan oleh diri kamu sendiri

Bangunlah wahai pemuda

Seperi singa yang kelaparan
Seperti harimau yang tercedera

Hancurkanlah musuh-musuh yang nyata lagi tersembunyi
Dari kalangan manusia dan iblis laknatullah
Hancurkanlah mereka sehancur-hancurnya

Kembalikanlah kegemilangan islam
Kembalikanlah Khilafah Islamiyyah
Tegakkanlah panji-panji Islam

Sepertimana yang pernah dilakukan oleh
Sultan Muhammad Al-Fateh
Salahuddin Al-Ayubbi

Tetapi sebelum itu
Persiapkanlah dirimu sesiap-siapnya
Binalah kekuatan dalaman dan luaran
Kuatkanlah dirimu dari segi jasmani dan rohani

Berdampinglah dengan para ulama’
Berdampinglah dengan para murobbi
Berdampinglah dengan para jundullah

Semoga dirimu berjaya
Didunia dan akhirat
Semoga dirimu mendapat syurga yang hakiki

Dr Yusuf Al-Qardhawi “ apa yang paling penting bagi Negara Islam ialah pemuda-pemuda yang bersedia untuk diproses”

Bersediakah kamu wahai pemuda???

Sunday 29 May 2011

Terima Kasih Sahabat

Terima kasih duhai sahabat diatas peringatan ini

Tika diri ini hanyut dalam kealpaan

Dikau hadir dalam membantu diri ini  kembali kejalan Allah

Terima kasih duhai sahabat diatas perkongsian ini

Terima kasih



Kalau kita ada girlfriend mesti bestkan?
Setiap masa rasa gembira, rasa nk jumpa je.
 Bila kita tahu dia gembira, kita mesti rasa lagi gembira,
Lebih-lebih lagi kalau kita yang buatkan dia gembira.
Rasa susah pun jadi senang bila kita tahu dia sedang merenung kita.

Begitulah seronoknya kita duhai sahabat bila kekasih kita adalah Allah,
 bahkan berinfiti kali lebih lagi.
Dia senantiasa tahu jika kita bersusah keranaNya.
Susah mana pun kita,
Akan terasa tenangnya kerana kita sedar akan pemerhatianNya.

Bila melihat langit pagi,
Tersedar keindahanNya.
Bila melihat diri sendiri,
Terasa pemurahNya Dia.

Lantas, kita pasti terasa ingin hidup keranaNya
Lantaran kurniaanNya yang tak putus2.
Ayuh berdenyutlah jantung dengan ingat kepadaNya
Insya’Allah kekosonganmu akan pergi


kenapa duhai hati???

Kenapa kadang-kadang hati ini terasa kosong?
Perasaan ‘kosong’  yang tidak boleh digambarkan
Kadang kala membawa kepada air mata.

Mungkin kerana kurangnya amalan,
Kurangnya Dzikru’llah .

Tatkala melayari perasaan ini
 Teringat diri ini akan firman Allah Taa’la

{“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikru’llah” ketahuilah!! Dengan dzikru’llah itu, tenang tenteramlah hati manusia}- Ar-Ra’d-28

Muhasabahlah wahai diri yang hina dihadapan Allah

Berapa banyak tilawahmu?

Berapa khusyuk solatmu?

Berapa banyak infaqmu di jalannya?

Berapa lama masa yang dihabiskan untuk Allah?

Bagaimana dengan puasamu?

Terasa diriku ini jauh dari Allah Taa’ala
jauh dihanyut oleh gelombang nafsu
jauh dibelenggu oleh nafsu durjana
Tetapi diri ini ingin kembali kepada fitrah insani.

Wahai yang Maha pemurah
Ampunilah dosa diri ini
Wahai yang Maha pengasih
Tunjukilah aku jalan yang benar
Lindungilah daku dari bisikan syaitan dan iblis
Wahai pemilik hati
Ikatkanlah hati ini didalam agamamu dan ketaatan kepadamu.

Muhasabahlah wahai diri

Saturday 28 May 2011

RINTIHAN QALBU

Rintihan Qalbu
Hari ini
Tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah
Bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allah…Allahu Rabbi…

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang diangkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya… indahnya.. oh indahnya

Wahai generasi
Dengarlah pesanan ini
Bumi ini, bumi bertuah
Suburnya, sesubur tanaman dilembah
Melahirkan insan berjiwa hamba

Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah
Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh dihadapan
Pandanglah didepan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan… oh teruskan..
Perjuangan menegak kebenaran
Didalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapan ku ini
Pohon untuk ku dalam doa mu
Diriku pejuang islam yang satu
Diriku pejuang islam yang satu……

Wednesday 25 May 2011

Ibadah vs adat( kebiasaan)

Ibadah vs adat( kebiasaan)

Ketika ana bersama sahabat-sahabat dalam satu liqo’
Satu ikhwan ada memberi satu pengetahuan yang baru buat ana
Satu benda yang basic yang mungkin kita semakin melupakannya

Ibadah vs adat

Bersyukur kehadrat ILLAHI kerana memberi kita peluang untuk berada dalam agama islam
Agama yang penuh dengan kelebihan dan barakah
Agama yang akan membawa kita kepada jalan yang sebenar
Jalan yang lurus

Sesungguhnya didalam islam
Kita diberi satu kelebihan
Iaitu
Segala perbuatan kita adalah ibadah

Tetapi
Hal ini semua bergantung kepada niat

Betapa pentingnnya niat ini, kita dapat lihat melalui satu hadis yang biasa kita dengar
Dan mungkin menjadi hafalan antum semua
Yang mana terjemahannya


“ sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat. Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang diberi pahala mengikut apa yang diniatkan, maka barang siapa yang berhijrah kepada Allah Taala dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah Taala dan rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya kepada dunia yang ia akan memperolehinya. Memperolehinya atau perempuan yang akan dikahwinya, maka hijrahnya kepada apa yang telah hijrah kepadanya.”


Hadis ini diletak sebagai hadis pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi


Jika suatu perbuatan kita lakukan dan diniatkan kepada Allah sebagai ibadah
Maka semestinya Allah akan memberi kita ganjaran jika kita melakukannya dengan betul serta ikhlas
Tetapi jika kita melakukan sesuatu kerana adat, maka hilanglah ganjaran kepada kita

Sebagai contoh, jika kita menganggap tidur sebagai adat
Maka tiadalah pahala bagi kita
Tetapi, jika kita meniatkan tidur sebagai ibadah, maka insya’Allah Allah akan memberi ganjaran
Contoh yang lain
Jika kita terbiasa pergi ke kampus dan kita menganggap itu sebagai adat
Maka tiadalah ganjaran untuk kita dari Allah
Tetapi, satu pekerjaan yang sama, jika kita niatkan kepada Allah
Maka ganjaran pahala menunggu kita


Itulah bezanya antara ibadah dan adat

So fikir-fikirkanlah…
Adakah kita melakukan ibadah atau adat????

Pesanan ini adalah terutamanya untuk diri yang menulis
Dan pada sahabat sekalian secara amnya

Dimanakah Kita??

Salam

Disini, ana just nk berkongsi satu analogi

Satu anologi yang agak menarik
Analogi yang boleh memberi jawapan kepada kita
Jawapan kepada persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ini
Kenapa muslim hari ini berada dalam keadaan yang hina??
Ditindas, dirogol, dicabul,dibuli dan bermacam-macam lagi

Analoginya lebih kurang camni la
Jika kita meminum jus oren
Semestinya kita rasa akan kemanisan,kesedapan dan kelazatan jus tersebut
Tetapi jika mengcampurkan jus oren dengan sesuatu yang pahit
Nescaya jus oren tersebut akan berubah rasanya
Tiada lagi rasa manis, sedap dan lazat
Bukan sahaja rasanya yang berubah
Bahkan warnanya turut berubah

Begitulah kita muslim pada hari ini
Jika kita mengamalkan islam secara syumul, menyeluruh
Nescaya kita akan merasa manisnya islam itu
Dan semestinya, darjat kita disisi Allah akan diangkat

Tetapi realitinya kita pada hari ini banyak mencampur adukkan ajaran islam dengan ajaran jahiliah
Oleh sebab itu kita tidak dapat merasai manisnya islam dan kita berada dalam keadaan yang hina
Perubahan kita bukan sahaja tampak pada rasa(dalaman)
Bahkan pada warna(luaran) itu juga turut berubah

Didalam buku Manhaj Hidup Muslim
Abu’l A’la Al-Maududi dan Al-Syahid Sayyid Qutb
Ada menyatakan yang ummat islam terbahagi kepada dua golongan
Iaitu islam separuh dan islam sepenuhnya
Dan dunia kita pada hari ini dipenuhi dengan golongan yang menganuti islam secara separuh
Mereka memilih islam dalam bidang munakahat
Tetapi mereka menolak islam dalam bidang ekonomi
Mereka memilih islam dalam bidang ekonomi
Tetapi mereka menolak islam dalam bidang Faraid

Fahamlah kita mengapa ummat islam kini berada dalam keadaan yang hina
Sesungguhnya rahmat Allah adalah untuk hamba-hambaNya yang mengamalkan islam secara menyeluruh..

Fikir-fikirkanlah.. bersama-sama kita muhasabah diri..

Adakah kita mengambil islam secara menyeluruh ataupun separuh????

Tuesday 24 May 2011

Elaika



إليك إله الخلق أرفع رغبتي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan
Sekelian mahkluk akan harapanKu

وإن كنت يا ذا المن والجود مجرما
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai
Yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولما قسا قلبي وضاقت مذاهبي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جعلت الرجا مني لعفوك سلما
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai
Jalan untuk mengharap keampunanMu
 
فما زلت ذا عفو عن الذنب لم تزل
Bilamana Engkau yang memeliki keampunan
Menghapuskan dosa yang berterusan ini

تجود وتعفو منة وتكرما
kurniaanMu dan keampunanMu adalah
merupakan rahmat dan kemuliaan

ألست الذي غذيتني وهديتني
Bukankah Engkau yang memberiku
Makan serta hidayah kepadaKu

ولازلت منانا عليّ ومنعما
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan
Anugerah dan ni’mat itu kepadaku
(walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عسى من له الإحسان يغفر زلتي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan dosaku

ويستر أوزاري وما قد تقدما
Dan menutup dosa-dosaku serta
setiap perkara yang telah lalu

فإن تعف عني تعف عن متمر
Sekiranya Engkau ampunkan aku
Ampunkan dari kederhakaan

ظلوم غشوم لا يزايل مأتما
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan
Terhapus dihari berhimpun kesedihan

وإن تنتقم مني فلست بآيس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku,
 aku tidak akan berputus asa

ولو أدخلوا نفسي بجرم جهنما
Sekalipun dosa-dosaku itu akan
Memasukkan diriku kedalam neraka

فصيحا إذا ما كان في ذكر ربه
Dia adalah seorang yang fasih ketika
Menyebut/mengingatiNya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya
Didunia ini dia membisu

يقول: حبيبي أنت سؤلي وبغيتي
Dia ( Rasulullah SAW) berkata: kekasihku
Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كفى بك للراجين سؤلا ومغنما
Cukuplah Engkau bagi yang berharap
Sebagai tempat bergantung dan memohon

أصون ودادي أن يدنسه الهود
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحفظ عهد الحب أن يتثلما
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

ففي يقظتي شوق وفي غفوتي منى
Disaat ku jaga, aku rindu,
Dan disaat aku lelap aku berharap

تلاحق خطوي نشوة وترنما
Mengiringi langkahku dengan
Penuh semangat dan berulang

فجرمي عظيم من قديم وحادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar
Sejak dulu dan kini

وعفوك يأتي العبد أعلى وأجسما
Namun (ku tahu) keampunanMu
Yang mendatangi hamba adalah
Lebih besar (agung) dan lebih mulia

(Bait-bait yang mulia ini adalah merupakan Nasyeed Elaika yang dilagukan oleh Muhammad Ubaid. Dikatakan Nasyeed ini diadaptasi dari syair yang sentiasa dibaca oleh Imam Syafie Radiyallahu Anh yang merintih pada Rabb, memohon keampunan)

Diambil daripada- Tribute Untuk Nenda 1( Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid)

http://www.youtube.com/watch?v=uw6F2h_wceE