Thursday 27 October 2011

Cinta Itu Indah




Cinta, satu perkataan yang mempunyai banyak cabang. Cinta boleh membawa kita kesyurga dan kerana ia juga boleh membawa kita kepada kemusnahan.

Mungkin, perkataan cinta itu sendiri bukanlah satu perkataan yang janggal bagi kita semua, bahkan cinta itu amat sinonim dengan kita semua,kita yang dinamakan insan. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ayah dan ibu dan seterusnya. Sungguh cinta itu satu fitrah dalam diri manusia. Dan kepada kitalah bagaimana untuk membentuknya.

Mungkin, apabila perkataan cinta itu bermain dibibir-bibir para remaja kita maksudnya akan menjadi cinta antara lelaki dan perempuan. Memanglah cinta antara lelaki dan perempuan itu satu fitrah yang Allah kurniakan kepada setiap insan. Tetapi adakah kita bercinta mengikut ketetapan syariat?

Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasa hawa nafsu semata sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan –Al-Farabi

Mungkin, sesiapa yang tidak ‘bercinta’ atau ‘bercouple’ akan kelihatan seperti ‘alien’, kenapa? Kerana masyarakat kita telah didoktrinkan bahawa sesiapa yang tidak ‘bercinta’ diusia remaja ialah mereka-mereka yang tidak laku, jumud dan macam-macam lagi. Tetapi ingatlah wahai pemuda, sesuatu yang perkara yang biasa bukanlah sentiasa betul.

Kadang-kadang hati ini terluka, melihat gelagat pemuda-pemudi harapan bangsa yang dilamun cinta, sehinggakan ada yang sanggup bunuh diri apabila cinta bertepuk sebelah tangan. Dimanakah iman kita wahai remaja?. Ber’gayut’ ditelefon berjam-jam lamanya, ber sms sehinggakan bengkak ibu jari( thumb). Tidakkah mereka terfikir, alangkah baiknya jika kredit yang dihabiskan itu digunakan untuk menelefon ayah dan ibu di kampung?

Ingatlah wahai teman-teman, sungguh dosa silam sentiasa akan menghantui kita. Sungguh mereka yang mencari cinta sebelum berkahwin akan kehilangan cinta selepas berkahwin. Mungkin ada sahabat yang mengatakan, “aku saje je, buat hilang boring, nanti nak kahwin aku cari yang lain, yang lebih solehah, yang ni setakat buat mesej je”. Adakah kita akan dapat seorang isteri yang solehah sedangkan kita dengan mudah memainkan perasaan seorang wanita? Adakah dengan keadaan diri kita yang macam ini memungkin kita untuk mendapat isteri yang solehah?

Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik  -(an-Nur 24:26) 

Diri ini tak nafikan bahawa cinta itu datang dengan sendiri, bukan dicari. Tetapi ingatlah wahai teman-temanku sekalian. Sungguh jika kamu mencintainya, pastinya kamu menginginkan dia bahagia, bukan hanya bahagia di dunia, bahkan bahagia di akhirat yang dicari. Adakah dengan melanggar aturan syariat memungkinkan kita berjaya diakhirat?. Cintai dia seadanya, jikalau telah tertulis dia untuk kita, nescaya dia akan menjadi milik kita jua.

Kadang-kadang, pernah kita dengar “aku bercinta sekarang adalah untuk kenal hati budi dia, nanti dah kahwin, barulah kami serasi”. Pernahkan mereka-mereka ini mendengar firman Allah taala

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengatahui dan Maha Teliti.

Sungguh, Allah mencipta kita berbeza-beza, tambah-tambah lagi antara seorang wanita yang bernama isteri dengan seorang lelaki yang bernama suami. Mungkin dalam diri pasangan yang diciptakan untuk ada sedikit persamaan, tetapi jika kita terlalu  mementingkan keserasian sifat, mungkin setiap perkara yang salah dari tabi’e kita, kita akan merasa marah terhadap pasangan kita. Tetapi ingatlah, jadikanlah perbezaan antara pasangan itu suatu penambah asam garam kehidupan kita, sebagai pelengkap antara kita.



Cintailah seseorang itu sekadarnya
Kerana mungkin dia akan menjadi orang yang kita benci
Bencilah seseorang itu sekadarnya
Kerana mungkin dia akan jadi orang kita cintai
Jika kita mencintai pasangan kita, tentulah kita menginginkan kebahagian untuknya, samaada didunia akhirat…
bahagiakanlah dia.... simpankan kata-kata manis mu duhai sahabat.. ungkaplah kata-kata itu di dua pertiga malam, ucapkanlah kepada pemilik hati. sesungguhnya, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.

1 comment:

  1. hola! gracias por tu comment
    el dibujo no lo hice yol me lo hizo una seguidora!!!! su blog es chloe vioz, por si kieres preguntarle!
    kisses

    ReplyDelete