Tuesday 20 December 2011

21 disember


Dimanakah kedudukan untuk Allah didalam hati seorang remaja?

Sejauh manakah Allah mengambil ruang dalam diri seorang remaja?

Sebanyak mana rasa bertuhan mengusai jiwa seorang  remaja?

Tanggal 21 disember menyaksikan perubahan diri seorang remaja kepada belia. Mungkin perubahan daripada segi fizikal, bagaimana dari segi spiritual?

Zaman remaja mungkin zaman yang paling gawat, kenapa? Kerana pelbagai benda baru hendak dicuba. Bak kata orang kita “ hidup ini cuma sekali, jadi jom enjoy”. Cuba kita fikir kembali, betulkah penyataan ini?
Mungkin jika dijawab dengan hati yang penuh dengan kekotoran, jawapannya YA, tapi jika difikirkan kembali, apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan? Mungkin apabila kita memahami tujuan kita dihidupkan, mungkin jawapannya tidak.

Kenapa kamu menangis?

Ketika Khalifah Harun ar-Rasyid berjalan bersama pembesarnya di kota Basrah, di satu lorong mereka menemui seorang kanak-kanak yang sedang menangis di satu penjuru, sedangkan kanak-kanak lain sedang leka bermain. Pergilah khalifah bertanya kepada anak kecil itu.
“wahai anak, kenapa kamu tidak bermain bersama dengan anak-anak yang lain?”
Dalam esakan anak kecil itu menjawab,” wahai tuan  adakah kita dilahirkan kedunia ini untuk bermain-main?”
Terkejut khalifah mendengar jawapan itu. Baginda  melanjutkan soalan, “ kenapa pula kamu menangis wahai anak kecil?”
Saat itu dia mendongak sedang air mata masih mengalir.. dalam sedu sedan dia berkata, “ wahai tuan, saya sering melihat ibu saya menyediakan makanan buat kami didapur. Saya melihat ibu memasukkan kayu api yang besar dan kecil kedalam api yang menyala-nyala. Ketika itu saya sedar bahawa yang akan masuk neraka nanti adalah orang kecil seperti saya dan orang besar seperti tuan!”
Tersentak Khalifah Harun ar-Rasyid. Ungkapan itu menyentaknya sehingga ia turut menangis dengan tangisan yang berat.

Sungguh tugas kita didunia ini bukanlah untuk bermain kecuali ada tujuan yang lebih besar dalam hidup ini. Usia remaja bukanlah untuk digunakan sebagai masa untuk mencari cinta monyet, bukanlah untuk mencari kegilaan dunia. Tetapi usia remaja ini adalah untuk mencari jalan hidup yang sebenar, kerana sungguh semasa remaja inilah akan berlaku krisis identiti. Amatlah penting untuk kita semasa remaja mencari identiti, mencari tujuan hidup, mencari cara hidup dan yang akan memberikan kita jalan kepada semua itu adalah dengan mencari Allah.

Sungguh, jangan disiakan usia ramaja, kelak kita menyesal.

No comments:

Post a Comment