Thursday, 15 March 2012

jalan kehidupan






Sungguh hidup manusia ini boleh diibaratkan seperti layang-layang, berusaha terbang ke langit dengan melawan arus , meninggalkan daun-daun terbang, dibuai angin kehidupan. Begitulah orang-orang beriman, berusaha untuk menghadapi setiap ujian kehidupan, kerana mereka-mereka ini percaya bahaya disebalik kepahitan itu ada kemanisan hidup. Setiap dugaan yang ditempuh keranaNya, pasti darjat disisiNya akan diangkat ketahap yang lebih tinggi. Berbeza dengan manusia-manusia yang berasa senang pabila dibuai arus dunia, langkah mereka berpandukan nafsu semata-mata. Hati mereka terikat dengan dunia, jiwa mereka dipenuhi dengan angan-angan,  nafsu mereka tak pernah rasa puas.

“Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan, manakala syurgan itu dipagari oleh ujian dan kesukaran” al-Hadis

Kita perlu lakukan apa yang patut kita lakukan bukan apa yang kita suka lakukan, kerana setiap yang kita suka lakukan, bukan semestinya sesuatu yang berfaedah, tetapi sesuatu yang kita mesti lakukan semestinya sesuatu yang sangat berfaedah. Betul, nafsu dan godaan syaitan itu sangat susah untuk ditentang, maka jadilah kita seorang yang ego dan takabbur dalam melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, jangan jadi seorang yang ‘zuhud’, ‘rendah diri’ dan ‘yes man’ dalam kita melawan hawa nafsu. Sungguh dengan hadirnya rasa ego dalam melawan hawa nafsu, insya’Allah kita akan menang.

apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka keseronokkan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan kekal”.-Saidina Ali bin Abi Talib

Berjalanlah kamu kepelusuk bumi ini, pandanglah ciptaan Allah disekelilingmu, nescaya tidak akan ditemui kecacatan. Pintalah petunjuk dariNya, kerana tanpa petunjuk dariNya, pasti langkah kita kan tersunggkur, lalu wajah kan dipenuhi lumpur dosa, tangan kan mencengkam najis dunia, badan kan dibasahi keringat maksiat. Sungguh bukan mata yang buta, tetapi hati yang buta. Buta mata kan sesat didunia, tetapi buta hati kan sesat diakhirat. Langkah menuju syurga kian terasa berat, tetapi larian ke neraka makin rancak. Buta mata kerana tiada cahaya, tetapi buta hati kerana bertuhankan nafsu.



Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis……

2 comments:

  1. semoga Allah memagari kehidupan kita dengan pagar pagar kebenaran agar kukuh kita pada benteng keselamatan

    ReplyDelete