Sunday 5 June 2011

Perkampungan Intelektual Mahasiswa IPT 2011




Alhamdulillah,program Perkampungan Intelektual Mahasiswa IPT 2011 berjaya berjalan dengan jayanya. Walaupun penat, tapi aku bersyukur ‘giler’ kerana aku memilih untuk menghadiri program ini walaupun ada tugasan lain yang mesti diselesaikan weekend nie. Bersyukur kehadrat ILLAHI kerana  aku dipilih untuk berada di majlis 

Program nie berlansung di Pusat Pemantapan Akidah di Jelebu ataupun singkatannya PPA Jelebu. Berlansung selama 3 hari, bermula pada petang jumaat dan berakhir pada petang ahad. Program yang penuh dengan aktiviti, either ilmiah or games. Disertai oleh 3 buah universiti  iaitu USIM, UIAM,and UTEM.

Dengan tajuk-tajuk presentations yang mantap dengan gabungan presenters yang mantap. Untuk sesi pertama, kami disajikan dengan talk yang berkaitan dengan dakwah iaitu ‘Dakwah Interaktif Memacu Dakwah Masa Kini’. Ia lebih kepada bagaimana seorang pendakwah harus memaksimumkan segala teknologi yang terdapat pada masa kini untuk tujuan dakwah, tak kiralah gune facebook, twitter, blog and ecetra . Dalam slot ini juga Ust Mohd Hariri Haji Mohammad Daud banyak memberi statistik tentang penggunaan internet. Dan seterusnya, program diteruskan dengan sesi  icebreaking. Okey2, mesti ada yang akan bertanya, kenapa sesi icebreaking bermula lewat?? Ini adalah kerana kami ( student USIM dan UIAM ) menunggu sahabat sahabiah dari UTEM yang datang agak lewat disebabkan oleh hal2 yang xdapat dielakkan.

Pada hari yang kedua, kami disajikan pula dengan “isu-isu akidah dan gerakan pemikiran semasa” oleh Ust Aizam Mas’od. Perghh!!!! Memang terbaiklah sesi nie. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku yang terjawab. Antaranya persoalan wahabi, syiah dan gerakan-gerakan ( Islam Liberal n Plural, New Age Movement)  yang mula mencari ruang untuk merosakkan ummat Islam pada masa kini.

Slot seterusnya diteruskan oleh Ust Erfino Mohd Johari dari Kementerian Pelajaran Tinggi. Banyak input2 tentang apakah tanggungjawab seorang pemimpin dan anak buah yang patut ada dalam diri mahasiswa. Tajuk untuk slot ini ialah “peranan kepimpinan mahasiswa Islam Mendepani Cabaran Semasa”. 

Untuk waktu petang dan malam, aktiviti diteruskan dengan diskusi tentang “ halatuju dakwah di kampus” dan pembentangan dari setiap kumpulan akan isu2 yang timbul di kampus dan apakah cara yang terbaik untuk menanganinya.

Hari terakhir kami dipersembahkan dengan “ Mahasiswa Sebagai Jurubicara Ummah : Peluang & Cabaran” dipresentkan oleh Ust Jamali Mohd Adnan iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Untuk slot nie, Ust Jamali banyak menggesa para mahasiswa untuk bangun dan cuba sedaya upaya untuk mewakili rakyat dalam pelbagai isu2 yang timbul pada masa kini despite dengan adanya AUKU

Papepun, makanan yang disediakan memang terbaik….

Sebelum jari-jemari ini berhenti berdansa diatas keyboard laptop nie, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat terutamanya kepada fasilitators, Bro Hariri, Bro Wafi, Bro Fikri dan Bro Hamid…

Gambar2 Program.. hehehe.. layan

Wakil UIAM

sesi diskusi bersama ust hariri

sesi tazkirah

makanan memang TERBAIK!!!!

bersama ust hariri dan ust wafi

sesi pembentangan tajuk

PESERTA

group diskusi aku

Wakil UTEM

Wakil USIM 

No comments:

Post a Comment