Wednesday 29 June 2011

Refleksi Result





Assalamualaikum… just nk berkongsi sedikit cerita, cerita tentang hamba-hambaNya yang sedang diuji, diuji dengan sifat sabar, redha and sombong or ego.

Alhamdulillah, pada tanggal 28 jun, maka tamatlah kelas untuk lecture dan tutorial subjek Fiqh Ibadah dan Munakahat and juga subjek Akidah. Yup, tamatlah hayat bagi short semester, tapi yang pasti peperiksaannya belum lagi. Kini yang tinggal hanyalah, neuron2 yang sedang berkerja keras untuk menyimpan berbelas tajuk untuk subjek akidah dan fiqh nie. Sedang neuron2 sedang berkerja-keras, adrenal gland pun sibuk jew nk keluarkan dia punye produk iaitu adrenalin. Semua mesti kata “ rileklah, exam minggu depan” hahaha. Yang pastinya aku bukan cakap pasal exam yang akan datang, tapi aku just ingin bercerita tentang result yang telah keluar pagi tadi. Aku mula-mula agak cuak ( bahaso klatenyo ialah deba), yela kan, masa aku tengah khusyuk tengok presentation video bahasa arab, tibe2 datang kawan aku, dengan muka yang riang gembiranya dia bagitau “ weh, result da keluar, semoga mendapat yang terbaik” perhh, jantung aku tiba2 terasa nk keluar, dah la aku xbleh jawab sangat masa final sem 2 hari tu. Tapi fikir2 balik, benda dah berlalu, dah xboleh diubah dah. So aku terus pinjam laptop kawan aku dan check kat luar dewan 2. Alhamdulillah, semua paper aku lulus walaupun cukup2 makan je, yang penting aku tak kena repeat paper. Lepas itu, mulalah sesi untuk saling tukar result, ye la kan, mesti ade curious gak nak tahu camne result orang lain kan. Ada yang naik dan ada yang turun, ada yang cemerlang dan ada yang agak rendah pointernya, ada yang sedih dan ada yang gembira, ada yang keluar ucapan2 syukur dan tak kurang ucapan2 penyesalan.


So yang nie aku nak story sikit, aku nak cuba reflect something yang tersirat dari result aku dan kawan2 yang lain. Yup, bagi yang tinggi, kalau xbanyak, mesti ada sikit perasaan bangga dan untuk yang rendah mesti ada perasaan sedih dan ada bintik2 xredha atau penyesalan. Yes, memang lumrah manusia untuk rasa bangga atas suatu kejayaan dan rasa marah atau sedih apabila dilanda suatu kegagalan, tapi untuk yang berjaya, kita mesti ingat yang kejayaan itu hanyalah satu ujian dari Allah, adakah kita bersyukur ataupun tidak?, adakah kita merasa sombong atau tidak dengan kejayaan itu? Adakah kita bertambah iman atau tidak? Adakah kita relate kejayaan itu kepada Allah atau semata-mata usaha kita sendiri?. Dan untuk yang dapat result yang agak rendah, kita juga perlulah ingat, yang kegagalan itu adalah sebuah tarbiah dari Allah, untuk tengok samaada kita akan bersyukur atau tidak? Adakah kita akan menyalahkan takdir atau tidak? Adakah kita akan terus putus asa atau tidak? Adakah kita akan terus hanyut dengan kekecewaaan atau tidak?. 


Ingatlah wahai teman, kejayaan yang sebenar adalah apabila kita mendapat syurga Allah, apabila kita mendapat maradhotillah. Yup, result penting, tapi janganlah kerana result kita cemerlang, kita alpa akan akhirat, janganlah kerana result kita rendah kita terus hilang pedoman, kita menyalahkan takdir, hidup dengan kekecewaan. Kerap kali, terjadi kepada diri aku, yang apabila keluar result, maka akan banyaklah perkataan ‘kalau’ akan keluar, ingatlah wahai diri dan teman2, sesungguhnya perkataan ‘kalau’ itu akan membuka pintu kepada syaitan untuk merosakkan akidah kita, untuk merosakkan keimanan kita kepada Allah, keikhlasan kita dalam menerima suatu qada’ dan qadar.
Cubalah untuk meletakkan ikhlas di tempat teratas tatkala menghadapi ujian, ini adalah kerana, dengan hadirnya ikhlas dalam hati, insya’Allah kita akan tenang, hatikan tenang, kehidupan kan bahagia, perasaan kan aman. Ikhlaslah dengan setiap ujian yang menimpa, dan ingatlah setiap ujian yang menimpa pasti ada hikmahnya, sesungguhnya Allah Maha Adil.

Firman Allah taala yang mana maksudnya “ Allah tidak akan membebani seseorang hamba kecuali sesuai dengan kesanggupannya( dengan apa yang boleh dia tanggung) “.


Redalah dengan ketentuan ILLAHI, kerana “ reda merupakan pintu Allah yang Maha Agung, kerehatan hamba-hamba dan syurga dunia” ~ Abd Al-Wahid bin Zaid. 



“ dan ketika orang mukmin melihat tentera ahzab ( bersekutu ) mereka berkata ‘ inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah ( apa yang telah dijanjikan ) Allah dan Rasul-Nya. Dan ( angkatan musuh yang mereka lihat ) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah”
(~ Al-Ahzab : 22)

Bersyukurlah wahai diri serta teman2



“ Dan ( ingatlah juga ), tatkala Tuhanmu memaklumkan: ‘ sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu mengingkari ( nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’ ~ Ibrahim: 7


Diri kita mungkin telah lupa akan nikmat-nikmat yang telah diberi Allah selama kita hidup tatkala satu nikmat ditarik dari kita. Tatkala kita ditimpa satu musibah, nescaya hatikan gelisah, jiwakan resah, tetapi jika kita look back, kita kenang akan segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita nescaya perasaan itu kan hilang. Kerana, terlalu banyak nikmat yang Allah telah Allah berikan kepada kita, terlalu banyak, terlalu banyak dan terlalu banyak, sampai ke infiniti… nikmat-nikmat yang selalu kita alpa, nimat-nikmat yang selalu kita lupa, nikmat bernafas, nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat berjalan, nikmat berlari…. Ingatlah wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah diberikanNya kepada kita, takkanlah kerana ditarik satu nikamt, kita akan terus melatah dengan menyalahkan takdir?? Tidakkah kita ingin menjadi hamba yang bersyukur???

Dan ingatlah pesan Khalifah Umar Al-Khattab r.a “ Nikmat itu seperti binatang liar. Tambatlah ia dengan syukur” 


Oleh itu sahabat, marilah kita sama-sama bermuhasabah kembali, apa yang telah kita usahakan pada semester lepas dan cubalah untuk kearah yang lebih baik. Untuk berjaya wahai diri dan teman, cucilah hati kita dari kekotoran, dari amalan2 thaghut, dan tanamlah di dalam hati kita akan keimanan, siramilah dengan kesyukuran, bajailah dengan keihlasan. Muhasabahlah wahai diri yang ilmu itu cahaya dan maksiat itu kegelapan, dan ingatlahlah kegelapan dan cahaya itu tidak boleh berada dalam satu tempat yang sama.


No comments:

Post a Comment