Wednesday 1 June 2011

Segerakanlah Taubat



Mungkin kita kerap kali dengar dialog seperti ini

“tak pe la, esok-esok aku bertaubat la”

“ala.. kita masih muda lagi, nanti dah tua aku beramal la”

“rilek la, hidup Cuma sekali, so… kita enjoy”

“ ala bro, bende nie kecik je, nanti ak bertaubat la”

“ xpe  sis, nanti esok saya berubah la”

Terlalu banyak kata-kata macam ini yang pernah kita dengar
Dan kadang-kadang, pernah terkeluar dari mulut yang menulis ini juga..

Tp sebagai peringatan bersama..

Jika anak pokok yang tumbuh meliar didalam kebun kita, dan kita tidak mencabut ia serta merta, nescaya pokok itu akan semakin membesar dan semakin susah bagi kita untuk mencabut pokok tesebut. Ini adalah kerana, anak pokok itu akan terus memacakkan akar-akarnya terus kedalam bumi dan semakin hari semakin kuat mencengkam kedalam perut bumi.

Oleh itu samalah juga dengan kita, jika kita melazimi dengan melakukan dosa kecil setiap masa dan tidak terus bertaubat, maka dosa-dosa itu akan terus berkumpul dan membentuk satu gumpalan hitam di hati, yang mana akan menyebabkan kita semakin susah untuk bertaubat ini adalah kerana kita kan merasakan benda itu akan menjadi tak salah kerana kita telah terbiasa melakukannya dan seterusnya akan menatijahkan kita semakin jauh dari rahmat dan pengampunanNya. Dan kita mesti ingat disini, walaupun Allah mempunyai sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim tetapi kita mesti ingat yang Allah juga bersifat dengan Al-Jabbar, Al-Aziz dan bermacam lagi.. 

berbahagialah wahai hamba-hamba yang menyegerakan taubat kerana Syeikh Ramadhan Al-Buti ada membahagikan golongan yang berdosa itu kepada 2 golongan atau bahagian iaitu:



1. Golongan yang kalah dalam peperangan melawan nafsu tetapi mereka tidak berniat untuk melakukannya. Insya’Allah Rahmat dan Pengampunan Allah ada untuk golongan ini.
2. Golongan yang sombong. Contohnya ialah firaun,musailamah al-kazzab dan segolongan dengan mereka. Nescaya tiada Rahmat dan Pengampunan untuk golongan ini.

Oleh itu wahai sahabat, ayuh kita bersama-sama menyegerakan taubat. Walaupun kita tidak mampu untuk solat taubat pada pagi hari atau waktu lain, tapi cubalah untuk basahkan lidah kita dengan zikir-zikir yang memohon keampunanNya. 
Cubalah untuk bertaubat atau berubah semasa kita terfikir idea tersebut kerana itu adalah yang terbaik 

p/s: sesungguhnya kesemua pesanan dalam penulisan ini adalah khas untuk penulis sendiri dan amnya untuk sahabat sahabiah sekalian.



No comments:

Post a Comment