Saturday 9 July 2011

Semester Pendek




Assalamua’laikum….

dah 3 hari kot aku balik kampung (kampung aku dekat ketereh klate). Means, dah 3 hari jugak la aku abes exam final untuk semester pendek.Banyak peristiwa yang berlaku semasa short sem either yang suka or duka. Banyak peristiwa yang bertandang ke memory cell,memohon untuk menumpang kat sana either untuk sementara or selama-lamanya, but ada yang aku approve dan disapprove, bergantung kepada peristiwa tu la. Banyak jugak ilmu yang aku dapat semasa short sem ni, ada ilmu tentang life, tentang ad-din, dan macam2 lagi. Dapat merasa program yang jakim buat, dapat belajar kitab Azkar atau himpunan zikir2 karya Imam Nawawi     ( walaupun satu bab ) dengan prof madya Shamsul Bahri Andi Galigo.Yang paling penting aku merasa untuk belajar subjek2 agama yang agak lama aku tinggalkan, yang dulunya hanya belajar untuk exam or exam oriented study (walaupun sekarang pun agak sama tapi niat tu insya’Allah untuk dapat ilmu). Dalam short sem nie aku dapat belajar Fiqh ibadat dan munakahat dengan subjek Akidah. Untuk kelas fiqh munakahat 2 semestinya banyak soalan yang keluar semasa kelas tutorial, tambah2 lagi masa budak2 perempuan present. Yang pastinya, aku tak rasa rugi sedikit pun ada short sem, coz banyak membantu aku dalam mentarbiah diri, mentarbiah diri dalam mengawal nafsu makan (ye la, time2 short sem duit dah pokai) mentarbiah diri dalam solat Jemaah (walaupun banyak solat sorang2, at least masa short sem, ada kawan2 yang selalu ajak solat Jemaah) mentarbiah diri dalam istiqamah untuk puasa (short sem dalam bulan rejab) dan lain2 lagi.

Bila dah balik kampung, semua benda yang ada semasa short sem bertandang kembali dalam bentuk khayalan. Kelas2 lecture, tutorial, teman2, kelas2 tafaqquh, semua benda tu buat aku ingin kembali kemasa lepas.Ye la, baru je duduk kat rumah 2-3 hari aku dah BOSAN. Yup BOSAN, walaupun sepatutnya dalam diri seorang muslim tu tidak ada perkataan BOSAN. Kadang2, disebabkan melayan perasaan bosan, masa abes cam2 je, tidak ada kesan dari masa yang berlalu, sebab itu la ada satu ustaz bagitau, kita pada zaman sekarang rasa masa macam pendek, tak macam zaman2 Nabi Muhammad S.A.W, zaman2 sahabat, zaman2 Imam Syafi’e dan zaman2 ulama’2 selepas itu walaupun kita ada 24 jam yang sama dengan zaman2 dulu, disebabkan, apabila kita tengok masa2 lampau, tidak ada kesan, tidak ada bekas yang kita tinggalkan untuk membuktikan kita pernah melalui masa itu, tak macam ulama’2 yang terlalu banyak sumbangan yang ditinggalkan.




Dan untuk reflectionnya, firstly aku nak sentuh sikit pasal niat.Kadang-kadang bab niat nie kita anggap benda yang remeh padahal dengan niat inilah yang akan mendatangkan satuimpak yang besar samaada untuk ukhrawi ataupun duniawi. Dalam kitab hadis empat puluh, Imam Nawawi letak hadis niat nombor satu, ini adalah untuk menunjukkan pentingnya niat.




Secondly, cubalah untuk menghargai setiap masa yang Allah beri kepada kita, kerana dalam kehidupan muslimi tu juz ada 2 masa, pertama masa yang telah lepas dan keduanya masa sekarang kerana kita tidak tahu bila kita akan mati


Thirdly, cubalah untuk meninggalkan‘ bekas’dalam kehidupan kita, supaya jika kita pandang kebelakang, kita akan dapat melihat ‘kesannya’. Supaya kita lebih menghargai masa yang akan datang.

Last but not least, buanglah perkataan BOSAN dalam kehidupan   (nie khusus untuk aku je ) sesungguhnya dalam kamus seorang muslim itu tidak ada perkataan bosan kerana jika kita memahami tujuan hidup ini, nescaya perkataan itu kan hilang.. 

wallahua’lam…



No comments:

Post a Comment