Wednesday 25 May 2011

Ibadah vs adat( kebiasaan)

Ibadah vs adat( kebiasaan)

Ketika ana bersama sahabat-sahabat dalam satu liqo’
Satu ikhwan ada memberi satu pengetahuan yang baru buat ana
Satu benda yang basic yang mungkin kita semakin melupakannya

Ibadah vs adat

Bersyukur kehadrat ILLAHI kerana memberi kita peluang untuk berada dalam agama islam
Agama yang penuh dengan kelebihan dan barakah
Agama yang akan membawa kita kepada jalan yang sebenar
Jalan yang lurus

Sesungguhnya didalam islam
Kita diberi satu kelebihan
Iaitu
Segala perbuatan kita adalah ibadah

Tetapi
Hal ini semua bergantung kepada niat

Betapa pentingnnya niat ini, kita dapat lihat melalui satu hadis yang biasa kita dengar
Dan mungkin menjadi hafalan antum semua
Yang mana terjemahannya


“ sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat. Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang diberi pahala mengikut apa yang diniatkan, maka barang siapa yang berhijrah kepada Allah Taala dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah Taala dan rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya kepada dunia yang ia akan memperolehinya. Memperolehinya atau perempuan yang akan dikahwinya, maka hijrahnya kepada apa yang telah hijrah kepadanya.”


Hadis ini diletak sebagai hadis pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi


Jika suatu perbuatan kita lakukan dan diniatkan kepada Allah sebagai ibadah
Maka semestinya Allah akan memberi kita ganjaran jika kita melakukannya dengan betul serta ikhlas
Tetapi jika kita melakukan sesuatu kerana adat, maka hilanglah ganjaran kepada kita

Sebagai contoh, jika kita menganggap tidur sebagai adat
Maka tiadalah pahala bagi kita
Tetapi, jika kita meniatkan tidur sebagai ibadah, maka insya’Allah Allah akan memberi ganjaran
Contoh yang lain
Jika kita terbiasa pergi ke kampus dan kita menganggap itu sebagai adat
Maka tiadalah ganjaran untuk kita dari Allah
Tetapi, satu pekerjaan yang sama, jika kita niatkan kepada Allah
Maka ganjaran pahala menunggu kita


Itulah bezanya antara ibadah dan adat

So fikir-fikirkanlah…
Adakah kita melakukan ibadah atau adat????

Pesanan ini adalah terutamanya untuk diri yang menulis
Dan pada sahabat sekalian secara amnya

No comments:

Post a Comment