Sunday 29 May 2011

kenapa duhai hati???

Kenapa kadang-kadang hati ini terasa kosong?
Perasaan ‘kosong’  yang tidak boleh digambarkan
Kadang kala membawa kepada air mata.

Mungkin kerana kurangnya amalan,
Kurangnya Dzikru’llah .

Tatkala melayari perasaan ini
 Teringat diri ini akan firman Allah Taa’la

{“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikru’llah” ketahuilah!! Dengan dzikru’llah itu, tenang tenteramlah hati manusia}- Ar-Ra’d-28

Muhasabahlah wahai diri yang hina dihadapan Allah

Berapa banyak tilawahmu?

Berapa khusyuk solatmu?

Berapa banyak infaqmu di jalannya?

Berapa lama masa yang dihabiskan untuk Allah?

Bagaimana dengan puasamu?

Terasa diriku ini jauh dari Allah Taa’ala
jauh dihanyut oleh gelombang nafsu
jauh dibelenggu oleh nafsu durjana
Tetapi diri ini ingin kembali kepada fitrah insani.

Wahai yang Maha pemurah
Ampunilah dosa diri ini
Wahai yang Maha pengasih
Tunjukilah aku jalan yang benar
Lindungilah daku dari bisikan syaitan dan iblis
Wahai pemilik hati
Ikatkanlah hati ini didalam agamamu dan ketaatan kepadamu.

Muhasabahlah wahai diri

No comments:

Post a Comment