Wednesday 25 May 2011

Dimanakah Kita??

Salam

Disini, ana just nk berkongsi satu analogi

Satu anologi yang agak menarik
Analogi yang boleh memberi jawapan kepada kita
Jawapan kepada persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ini
Kenapa muslim hari ini berada dalam keadaan yang hina??
Ditindas, dirogol, dicabul,dibuli dan bermacam-macam lagi

Analoginya lebih kurang camni la
Jika kita meminum jus oren
Semestinya kita rasa akan kemanisan,kesedapan dan kelazatan jus tersebut
Tetapi jika mengcampurkan jus oren dengan sesuatu yang pahit
Nescaya jus oren tersebut akan berubah rasanya
Tiada lagi rasa manis, sedap dan lazat
Bukan sahaja rasanya yang berubah
Bahkan warnanya turut berubah

Begitulah kita muslim pada hari ini
Jika kita mengamalkan islam secara syumul, menyeluruh
Nescaya kita akan merasa manisnya islam itu
Dan semestinya, darjat kita disisi Allah akan diangkat

Tetapi realitinya kita pada hari ini banyak mencampur adukkan ajaran islam dengan ajaran jahiliah
Oleh sebab itu kita tidak dapat merasai manisnya islam dan kita berada dalam keadaan yang hina
Perubahan kita bukan sahaja tampak pada rasa(dalaman)
Bahkan pada warna(luaran) itu juga turut berubah

Didalam buku Manhaj Hidup Muslim
Abu’l A’la Al-Maududi dan Al-Syahid Sayyid Qutb
Ada menyatakan yang ummat islam terbahagi kepada dua golongan
Iaitu islam separuh dan islam sepenuhnya
Dan dunia kita pada hari ini dipenuhi dengan golongan yang menganuti islam secara separuh
Mereka memilih islam dalam bidang munakahat
Tetapi mereka menolak islam dalam bidang ekonomi
Mereka memilih islam dalam bidang ekonomi
Tetapi mereka menolak islam dalam bidang Faraid

Fahamlah kita mengapa ummat islam kini berada dalam keadaan yang hina
Sesungguhnya rahmat Allah adalah untuk hamba-hambaNya yang mengamalkan islam secara menyeluruh..

Fikir-fikirkanlah.. bersama-sama kita muhasabah diri..

Adakah kita mengambil islam secara menyeluruh ataupun separuh????

No comments:

Post a Comment