Sunday 22 May 2011

Dunia Yang Sementara


Ingatlah teman-teman, sesunggunya dunia ini hanyalah sementara dan akhiratlah yang kekal………

Ingatlah teman-teman, dunia ini hanyalah ladang akhirat………

Ingatlah teman-teman, dunia ini hanyalah sebuah pintu gerbang untuk ke akhirat………

Oleh itu teman-teman, berhati-hatilah dalam melalui kehidupan di dunia ini..

Hidup ini umpama kita menjelajah atau melancong  atau bermusafir ke negeri orang. Adakah kita akan membeli sesuatu yang akan menyusahkan kita untuk dibawak balik ke negeri kita? Adakah apabila kita melancong ke London, Paris, New York dan lain2 lagi, kita akan membeli almari? Perabot2 yang besar? Washing machine ? Msti kebanyakan dari kita akan menjawab tidak

Begitulah kita di dunia ini, kita sebenarnya hanyalah melancong sebentar untuk menyediakan bekalan untuk pulang ke negeri yang hakiki, negeri yang kekal iaitu negeri akhirat

Sedarkah kita sahabat yang kadang-kadang kita telah membunuh satu sifat yang sangat penting  yang patut ada dalam diri kita, kita telah membunuh sifat qanaah dengan terlalu tamak akan dunia dan isinya.
 
Lupakah kita pada seorang sahabat Rasulullah S.A.W  yang juga gabenor negeri kufah iaitu Salman Al-Farisi, ketika beliau ditanya semasa hari-hari terakhirnya, kenapa beliau menangis?
 
Lalu beliau menjawab ‘ sesungguhnya aku teringat kepada sabda kekasihku

لِيَكُن زَادُ أَحَدِكُم مِنَ الدّنْيَا كَزَادِ الرَّكِب

hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang-orang yang bermusafir’

Dan selepas itu Salman Al-Farisi  menyambung sedangkan kita mengambil seluruh dunia ini berserta isinyasedangkan ketika itu teman, Salman Al-Farisi  hanya mempunyai tiga barang bersamanya pada ketika itu yang mungkin pada kita tidak berharga sedikit pun, iaitu

1.      Sebatang tongkat untuk berjalan

2.      Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika meghakimi

3.      Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan keperluan harian

Dengan barang-barang seperti ini, beliau menganggap telah mengambil seluruh dunia berserta isinya.. bagaimanakah kita teman2 sekalian?? Adakah kita akan terus mencantas benih-benih qanaah yang mula timbul dihati kita atau kita akan menyuburkannya?

Sedarlah wahai diri yang hina ini, sedarlah wahai teman-teman dari lena yang panjang, bangunlah dari ulikan syaitan durjana, bangunlah dari ulikan dunia yang menyesatkan. Ayuhlah bersama-sama kita bercucuk tanam di ladang dunia untuk bekalan di negeri akhirat nanti.

Seungguhnya teman-teman, ambillah dunia ini sekadarnya sahaja agar selamat hidup kita dan semoga kita tidak lalai dalam menunaikan perintahNya……

Marilah kita sama-sama berfikir sejenak wahai teman-teman, adakah kita mengambil dunia sekadarnya???? Atau kita mengambil seluruh dunia dan isinya????….

No comments:

Post a Comment