Tuesday 24 May 2011

Elaika



إليك إله الخلق أرفع رغبتي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan
Sekelian mahkluk akan harapanKu

وإن كنت يا ذا المن والجود مجرما
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai
Yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولما قسا قلبي وضاقت مذاهبي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جعلت الرجا مني لعفوك سلما
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai
Jalan untuk mengharap keampunanMu
 
فما زلت ذا عفو عن الذنب لم تزل
Bilamana Engkau yang memeliki keampunan
Menghapuskan dosa yang berterusan ini

تجود وتعفو منة وتكرما
kurniaanMu dan keampunanMu adalah
merupakan rahmat dan kemuliaan

ألست الذي غذيتني وهديتني
Bukankah Engkau yang memberiku
Makan serta hidayah kepadaKu

ولازلت منانا عليّ ومنعما
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan
Anugerah dan ni’mat itu kepadaku
(walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عسى من له الإحسان يغفر زلتي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan dosaku

ويستر أوزاري وما قد تقدما
Dan menutup dosa-dosaku serta
setiap perkara yang telah lalu

فإن تعف عني تعف عن متمر
Sekiranya Engkau ampunkan aku
Ampunkan dari kederhakaan

ظلوم غشوم لا يزايل مأتما
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan
Terhapus dihari berhimpun kesedihan

وإن تنتقم مني فلست بآيس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku,
 aku tidak akan berputus asa

ولو أدخلوا نفسي بجرم جهنما
Sekalipun dosa-dosaku itu akan
Memasukkan diriku kedalam neraka

فصيحا إذا ما كان في ذكر ربه
Dia adalah seorang yang fasih ketika
Menyebut/mengingatiNya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya
Didunia ini dia membisu

يقول: حبيبي أنت سؤلي وبغيتي
Dia ( Rasulullah SAW) berkata: kekasihku
Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كفى بك للراجين سؤلا ومغنما
Cukuplah Engkau bagi yang berharap
Sebagai tempat bergantung dan memohon

أصون ودادي أن يدنسه الهود
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحفظ عهد الحب أن يتثلما
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

ففي يقظتي شوق وفي غفوتي منى
Disaat ku jaga, aku rindu,
Dan disaat aku lelap aku berharap

تلاحق خطوي نشوة وترنما
Mengiringi langkahku dengan
Penuh semangat dan berulang

فجرمي عظيم من قديم وحادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar
Sejak dulu dan kini

وعفوك يأتي العبد أعلى وأجسما
Namun (ku tahu) keampunanMu
Yang mendatangi hamba adalah
Lebih besar (agung) dan lebih mulia

(Bait-bait yang mulia ini adalah merupakan Nasyeed Elaika yang dilagukan oleh Muhammad Ubaid. Dikatakan Nasyeed ini diadaptasi dari syair yang sentiasa dibaca oleh Imam Syafie Radiyallahu Anh yang merintih pada Rabb, memohon keampunan)

Diambil daripada- Tribute Untuk Nenda 1( Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid)

http://www.youtube.com/watch?v=uw6F2h_wceE

No comments:

Post a Comment