Monday 8 August 2011

Penawar Jiwa







Alhamdulillah setelah 8 Hari kita menunaikan puasa kita masih sihat, masih mampu untuk berpuasa, masih mampu untuk beribadah kepadaNya. Ucapkanlah syukur kita kepada Allah S.W.T kerana diberi nikmat untuk terus melakukan ibadah, terus bermunajjat kepadaNya, terus bertilawah al-Quran kepadaNya

Dalam satu wasiatnya kepada Abu Dzar Rasulullah berkata

" عليك بتلاوة القرآن فإنه نور لك فى الأرض وذخر لك فى السّماء "

“ kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu dibumi dan perbendaharaan untuk di langit” (riwayat Ibn Hibban )



Bertepatan dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadhan, para ulama turut menamakan bulan ini sebagai bulan al-Quran. Bulan di mana ummat islam digesa untuk menyibukkan diri dengan al-Quran dengan bertadarrus dan mentadabburinya. Imam Maliki menghentikan kuliah-kuliah beliau untuk membaca al-Quran pada bulan Ramadhan, manakala Imam Syafi’I mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan. Manakan para ulama’ tidak melakukan sedemikian rupa, ini adalah kerana membaca al-Quran akan diganjari dengan kebaikan dan pahala daripada Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud

 “ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda.”                                                ( Riwayat al-Tirmizi)

The way of reading

Tetapi kadang-kadang mungkin kita tertanya-tanya


“kenapa setiap kali aku baca al-Quran , aku tak rasa pape pun?”


Betul, banyak sebab yang boleh diberi, contohnya, kita tak faham maksud ayat tersebut, sebab kita tak faham bahasa arab, sebab kita tak hayati masa kit abaca al-Quran pun boleh jadi gak. Tapi aku pernah baca satu dalam novel dan apa yang satu watak tu bagitau mungkin ada rasionalnya. Cuba kita baca dan fikir apa yang watak itu katakan

Kalau baca quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi ‘watak putih ‘ dalam quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi ‘watak putih’ tu ? cukup ke apa yang kita dah buat selama ini dengan bangganya kata ‘ aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat ‘ wahai orang yang beriman…’ ‘wahai orang Mukmin…’ ‘golongan-golongan muhsin’ tu. Yakin ke kita  yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak  ada limit tu ? betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut? 


Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi ‘watak hitam’ . bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa didalam neraka yang Allah describe dalam quran tu. Bayangkan kita la orang yang kena azab. Baru kita berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan-golongan itu. Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ini la ‘watak putih’, sedangkan amal kita nak melayakkan untuk jadi ‘watak kelabu’ pun tak cukup qualification.

Mungkin jika kita meletakkan diri kita sebagai ‘watak hitam’ akan menyebabkan kita akan mendapat sesuatu selepas membaca al-Quran. Sesuatu yang boleh memotivasikan kita dalam memacu kehidupan. 

Al-Quran sebagai penawar

Sepatutnya, bagi kita orang muslim, menjadikan al-Quran sebagai teman setia kita. Tak kisahlah kita nie siapa, samaada kita ini pelajar, pekerja, pemimpin atau petani biasa. Ini adalah kerana al-Quran itu adalah penawar bagi kita, penawar dalam menjalani racun mehnah dunia globalisasi pada zaman ini.Oleh itu, masa lapang yang terluang, rajin-rajinkanlah diri kita untuk menatap, membaca serta mentadabburnya. Semoga al-Quran mengesani jiwa-jiwa kita dan memberikan keinsafan serta penawar bagi kita

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” ( Al-Isra : 82)

Jadikanlah al-Quran sebagai ubat untuk hati. Hati yang penuh dengan tompokan dosa-dosa lalu. Basuhlah hati dengan alunan al-Quran.

“Kalau orang kata nak buang tatu dikulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi perit”

Ibrahim Adham ada berkata ubat hati itu ada lima pertamanya ialah baca al-Quran dan tadabbur, keduanya ialah puasa, ketiganya ialah qiamullail, keempatnya ialah berzikir dan merintih kepada Allah dimalam hari dan yang terakhirnya ialah duduk bersama orang-orang soleh

Semoga ruh Al-Quran benar-benar meneduhkan perasaan nurani dan jiwa kita di sepanjang musim “kerehatan” jiwa di bulan Ramadhan ini.




No comments:

Post a Comment