Monday 1 August 2011

Ramadhan Kareem






يأ يها الذين ءامنوا كتب  عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, mudah-mudahan ( supaya ) kamu bertakwa




Ayat diatas adalah merupakan ayat yang memerintahkan rukun islam  yang ketiga iaitu puasa. Dan apa yang produk yang paling berharga daripada madarasah Ramadhan ialah TAKWA. Orang- orang yang bertakwa merupakan golongan yang paling mulia disisi Allah, bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan bantuan di dunia

“………. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih TAQWAnya di antara kamu, ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesunnguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan amal kamu)       
      ~ al-Hujuraat : 13

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan penyucian jiwa setiap muslim, setelah sebelas bulan kita bersusah payah melawan dua musuh utama kita iaitu syaitan dan nafsu, kini Allah memberi kita satu bulan untuk boost immunity  badan daripada  godaan-godaan syaitan dan hawa nafsu. Pada bulan Ramadhan yang mana syaitan-syaitan diikat, nafsu dikekang dan ditahan daripada bermaharajalela dengan berlapar. Sepatutnya kita sebagai muslim berusaha bersungguh-sungguh dalam beribadah semasa bulan ini kerana kelonggaran daripada godaan syaitan dan hawa nafsu yang diberi oleh Allah. Seharusnya bulan ini dijadikan sebagai bulan ibadah bukan sebagai bulan juadah.

“ bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang ~ ( an-Nuur :36)

Ye, bulan juadah. Boleh kita lihat situasi di Negara kita pada hari ini, ramai yang menunggu bulan Ramadhan semata-mata hanya untuk berkunjung ke bazar-bazar Ramadhan, menambah senarai resepi samada minuman atau makanan. Seperti yang kita lihat pada hari ini, banyak syarikat television mula menayangkan rancangan masakan. Pelbagai jenis program masakan dilancarkan dan dirasmikan, ada yang diberi nama jom berbuka, resepi temurun dan bermacam-macam lagi. Tetapi program-program yang sepatutnya diisi terlalu sedikit yang ditayangkan. Sedangkan drama-drama melayu semakin rancak disiarkan. Entah dimana silapnya.

Ramadhan itu bukan diertikan dengan bazar ramdhan. Bukan diertikan dengan malam tujuh likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan berbuka di hotel-hotel. Bukan juga diertikan dengan rancangan masak-memasak bulan puasa di television. Tetapi Ramadhan ialah salu bulan penyucian, Ramadhan is purification ~ contengan jalanan: Hlovate .

 Ramadhan itu bulan penyucian jiwa, bulan untuk mentarbiah jiwa agar bertambahnya ketaatan dan kehambaan diri kepada Allah dan seterusnya meneruskan momentum itu di dalam bulan-bulan yang seterusnya. Sesungguhnya bagi diri ini, bulan Ramadhan adalah satu bulan yang bertindak sebagai starter kepada diri ini untuk terus berada di landasan yang betul, landasan yang diperintahkan oleh Allah, yang disampaikan melalui Rasulullah S.A.W. Dan puasa itu bertindak sebagai catalyst kepada diri untuk merubah peribadi, untuk mengekang asakan hawa nafsu yang kunjung tiba tanpa mengira masa di bulan yang seterusnya.

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi perit

Jadikanlah bulan Ramadhan yang penuh barakah ini sebagai bulan untuk purification diri kita. Penyucian dari dosa dan benda-benda lagha. Cubalah untuk membentuk diri sebagai mukmin sejati ketika berlansungnya sale yang besar besaran ini. Gandaan pahala yang terlalu banyak diberikan. Pada bulan ini kita discount terlalu banyak diberi bahkan dengan duit yang sedikit kita mampu untuk membeli sesuatu yang mahal harganya di bulan lain. Bahkan terlalu banyak free gift diberikan. Bayangkan setiap benda yang wajib dibeli, yang perlu ada dirumah kita akan digandakan kepada 70 kali lebih besar. Bayangkan television yang bersaiz 42 inci dikali 70. Yup, setiap perkara fardhu akan digandakan kepada 70. Cuba bayangkan jika kita bersolat Jemaah setiap waktu solat di masjid dan cuba kira 27 kali 70 kali 5. Amacam kawan-kawan?
Jom ambik peluang ini, jangan sia-siakan ia. Jangan lepaskan peluang sekali setahun ini. Kita tidak tahu lagi adakah kita akan sempat bertemu dengannya lagi tahun hadapan? So, grab peluang ini dengan sedaya upaya.  


قال رسول الله " من قام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه" (متق عليه)

Sesiapa yang bangun ( solat ) pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab                      ( mengharapkan pahala ) maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lepas )

“ sebarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya ( kepada jiwa ) dan lebih tetap betul bacaannya
( kami galakkan engkau dan ummatmu beribadat pada waktu malam ), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya
Dan sebutlah ( dengan lidah dan hati ) akan nama Tuhanmu ( terus menerus siang dan malam ) , serta tumpukanlah ( amal ibadatmu ) kepadaNya dengan sebulat tumpuan”      ~ al-Muzammil : 6-8

Semoga madrasah Ramadhan ini menjadi medan tarbiah buat kita sebagai pelajar yang menghadirinya dengan penuh keimanan dan ihtisab. Semoga tarbiah Ramadhan ini berijazah TAKWA buat kita semua

Bukan kenyang fizikal, tetapi kenyangnya rohani yang dicari


No comments:

Post a Comment