Tuesday 23 August 2011

RODA KEHIDUPAN



Dan belumkah lagi ternyata kepada meraka (yang kafir itu) : bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil I’tibar) : oleh itu tidakkah mereka mahu dengar (dan insaf) ~as-Sajadah:26





Ruang masa yang kosong kan membuka lipatan sejarah yang tersimpan kemas dalam memory cell,
Detik-detik masa mula mengundur,kotak-kotak memory mula terbuka, satu persatu helaian silam terbayang jelas diminda, minda mula mentafsir ibrah setiap detik yang berlalu. Dilihat dengan mata zahir, dinilai dengan mata hati. Sungguh terlalu banyak butir-butir hitam yang mewarnai sejarah lampau dan terlalu sedikit noktah putih yang mewarnai diri ini. Ku lihat terdapat butir-butir kelabu yang mewarnai helaian silam, butir-butir yang terconteng kerana mengikutkan nafsu. Nafsu yang mencantikkan setiap perkara yang batil. Sugnguh diri ini menyesal akan setiap yang mencontengkan butir-butir hitam diatas kain yang dahulunya putih, putih bersih daripada dosa dan noda. Sebagaimana yang pernah disabdakan oleh kekasih kita Rasulullah S.A.W yang setiap anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih dan keatas ibu bapanya untuk mencorakkan ia, samaada kepada nasrani, majusi atau yahudi ( tolong betulkan kalau silap )

Orang beriman yang menjalani setiap saat dalam kehidupan dunianya sesuai dengan ajaran              al-Quran tidak akan  membiarkan fikirannya dikuasai oleh fikiran yang tidak berguna dan tidak berakal selama perjalanan. Dia mengarahkan perhatiannya pada hal dan peristiwa yang dapat dia renungkan dengan mendalam- Harun Yahya 24 hours in the life of a muslim.

Lapisan perasaan malu kian menebal tatkala hati mula berbicara tentang kehidupan silam, malu kepada pencipta diri ini, malu kepada Allah. Malu akan dosa-dosa yang membukit, dosa-dosa yang sebanyak buih dilaut, sebanyak butir-butir hujan yang membasahi bumi, sebanyak oksigen yang bergerak laju seiring dengan angin. Air mata mula mengalir, membasahi kelopak mata, mengalir kepipi, jatuh kedakapan pabila mengenang dosa-dosa yang lalu. Sungguh diri ini takut akan azab Allah. Sunnguh azab  Allah itu amat pedih. Bayangkan neraka yang panas mengelegak, kepanasan yang penuh kegelapan, air yang mengelegak, makanan yang bisa mencarikkan segala isi perut, air yang mampu menghancur luluhkan segala organ . Sungguh diri ini takut dengan azab Allah.

(Ingatlah) sesungguhnya pohon zaqqum
(buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka)
(makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut
Seperti mendidih air yang meluap-luap panasnya
(lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka) “ Renggutlah orang-orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka
“kemudian curahkanlah diatas kepalanya -azab seksa-  dari air panas yang menggelegak”                  ad-Dukhaan 43-48

Diri ini tidak layak untuk kesyurgaNya, tetapi diri ini tidak mampu untuk menahan seksa nerakaNya. Sungguh diri ini ingin berada bersama dengan golongan “as sabiquun” yang dijanjikan syurga dengan nikmat yang tiada taranya, nikmat yang tiada bandingnya. 

( tinggal menetap ) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat ~ al-Waaqi’ah: 12

Sungguh dalam diri setiap muslim itu hanya ada dua waktu, dua hari, hari semalam dan hari ini. Hari semalam yang telah berlalu, yang tidak bisa diubah, maka wahai insan, ubahlah hari ini, lakarkanlah perjalanan hari ini dengan acuan islam, acuan yang akan membawa kita kesyurgaNya, syurga yang diinginkan oleh setiap insan, syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang beriman kepadaNya. Sungguh masih tidak terlambat untuk kita berubah, berubah kepada yang lebih baik. Sungguh Allah menyukai orang-orang yang bertaubat. 

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa~ A-li ‘Imraan :133

Walaupun Ramadhan kian menutup tirainya, masih tidak terlambat untuk kita meraih maghfirah daripadaNya. Sungguh Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Sungguh Allah akan mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya yang memohon dengan penuh keikhlasan, yang memohon doa yang lahir dari dasar hati.



Orang yang beriman melihat hari di hadapannya sebagai kesempatan meraih cinta dan redha Allah serta untuk mendapatkan syurga. Untuk itu dia perlu untuk bekerja keras melakukan pekerjaan yang baik. Bagaimanapun sibuknya, dia tetap waspada agar tidak lalai daripada mencari redha ALLAH. Dia meneladani doa Nabi Sulaiman alaihissalam sebagaimana yang difirmankan dalam ayat ke 19 surah an-Naml, dengan harapan Allah akan memberinya petunjuk dalam kegiatannya sepanjang hari. Harun Yahya 24 hours in the life of a muslim.

semoga ruh ramadhan meresap dalam jjiwa kita dan seterusnya mengubah diri kita menjadi lebih baik

kalau kompas tersalah arah, ia perlu berpatah balik walaupun payah


No comments:

Post a Comment